01 February 2011

Pilihan notebook antara AMD dan Intel?

AMD

Kelebihan : Kelajuan pemprosesan yang tinggi. Grafik yang cantik.

Kekurangan : CPU cepat panas. Perlukan pengedaran udara yang optimal. Menggunakan kuasa bateri yang tinggi sekaligus memendekkan hayat bateri.

Kesimpulan : Pilihan ini adalah sesuai untuk mereka yang pentingkan grafik yang ekstrem dan kelajuan yang tinggi. Contohnya, menonton movie, edit video dan bermain game. Adalah disarankan agar penggunaan bateri dikurangkan, sebaliknya adapter digunakan sepanjang tugas berat tersebut dijalankan.

Intel

Kelebihan : Kestabilan antara kuasa dan kelajuan. Grafik yang biasa. Tahan lama.

Kekurangan : Kelajuan dan grafik yang lemah. Tidak sesuai untuk penggunaan yang ekstrem.

Kesimpulan : Sekirannya anda hanya mahu melayari internet, menggunakan aplikasi pejabat (Word, Excel dan sebagainya) dan pentingkan mobiliti, sememangnya ini adalah pilihan yang sesuai.

Dari segi perbandingan harga pula, sememangnya notebook yang mempunyai CPU Intel adalah lebih mahal. Ini adalah kerana pembuat notebook hanya dibenarkan memasang Chipset keluaran mereka sahaja. Ini akan menambahkan kos untuk menjual notebook tersebut. Manakala notebook yang menggunakan CPU AMD pula, kos untuk membuat sesebuah notebook dikurangkan dengan chipset yang menjadi pilihan mereka seperti VIA dan Nvidia.

Jadi, apakah pilihan anda? Poskan pendapat anda...

No comments:

Post a Comment