01 February 2011

CPU Cepat panas pada notebook

Seperti diketahui umum, CPU AMD adalah tidak sesuai untuk laptop. Ia akan cepat panas dan boleh menyebabkan papan induk (mainboard) rosak. Dakwaan ini tidak dinafikan. Bagaimanapun, sekiranya penjagaan yang rapi diutamakan oleh pengguna seperti berikut dilakukan. Ini sememangnya benar kerana ujian yang telus telah dilakukan oleh pembuat (manufacturer) sebelum dipasarkan kepada umum...

1. Untuk penggunaan yang mengambil masa yang lama, adalah disarankan anda menggunakan adapter (tanpa bateri) dan laptop cooler. Boleh didapati di semua kedai komputer.
2. Hindari penggunaan di permukaan yang tidak rata, seperti di atas katil, atas riba dan di atas bantal. Ini adalah untuk pengedaran udara yang lebih baik di samping menghindari kepanasan yang melampau.
3. Pastikan liang-liang pengedaran udara (di mana udara panas dapat dirasai) adalah bersih dan tidak tersumbat. Bersihkan mengikut kekerapan penggunaan notebook tersebut.

No comments:

Post a Comment