04 December 2016

Our First Computer

Komputer kami yang pertama.



Pada tahun 1993, abahku dapatkan sebuah komputer peribadi selepas kami, anak-anaknya menunjukkan minat dengan komputer.

Ceritanya bermula apabila kami ke Ipoh, rumah Pak Teh ku di Gunung Rapat sekitar tahun 1992. Di rumahnya ada sebuah komputer. Walaupun kami ada sebuah Nintendo FAMICOM tapi ia tidak sama dan lagipun kami lebih suka main game kat komputer kerana bagi kami ia lagi canggih dan amat berbeza.

Abah pun berjanji akan dapatkan sebuah komputer baru untuk kami.


Nintendo FAMICOM
Tentang Nintendo FamiCom

Abah belikan kami sebuah game console jenama Nintendo FAMICOM atas kejayaan kami dalam akademik sewaktu di sekolah rendah. Tape yang pertama (percuma dengan belian) adalah 4-in-1 yang mengandungi Teenage Mutant Ninja TurtleIkari 3, dan Contra.


Ok, berbalik kepada story...

Maka tak lama kemudian muncullah sebuah set komputer. Sebuah monitor CRT 14", AT Tower, Keyboard dan mouse macam kat bawah ni.



Lakaran 3D menurut ingatan aku yang terhad.

Berikut ciri-ciri yang ada kat komputer tu:

  • CPU : AMD 386 DX / 33MHz (integrated)
  • RAM : 4MB 30-pin SIMM
  • GFX : Oak Technology VGA
  • I/O Card : IDE, Floppy, 2x COM Ports, 1x LPT1 (Printer Port)
  • Hard Drive : Seagate ST3096AT IDE, 80MB
  • Floppy Disk : 5.25" Hi-Density 1.2MB
  • Monitor : Standard 14" VGA Monitor
  • Keyboard : DIN type 101 Keys
  • Mouse : 2 Buttons Serial Mouse
  • OS : MS-DOS 5.0 + Windows 3.1
  • Printer : Panasonic KX-P1121 Dot Matrix

Papan induk (motherboard) dengan processor 386 (lebih kurang macam ni la yg pernah ada dulu)

16-Bit ISA I/O Card (sebijik macam ni) - gunanya untuk sambung HDD, FDD, mouse, dan printer.

OAK OTI-67 VGA, ISA 16-Bit untuk display. VRAM dia 256KB saja. Boleh tambah sampai 512KB.

1MB 30-pin SIMM x 4 (4MB Total)



2 Button Serial Mouse


DIN 101-Keys Keyboard


Pertama kali aku guna komputer ni aku tengok dengan terpegun. Abah tunjukkan satu-satu kat kami apa yang komputer tu boleh buat. Abah dah karang banyak dokumen guna Editor saja. Aku langsung tak tau guna program ni masa tu. Ada banyak nukilan abah pasal kami 4 beradik.. puisi.. cerita....

Suatu hari di bulan Ramadhan, aku dan abangku cuba keluar nak cari game. Berbekalkan some money, kami keluar dari rumah Tok kat Lorong Tampin, Kpg Dodol. Kami dah cari merata tempat dari simpang empat Jalan Perak/Jalan Dato Keramat sampai la kat Padang Kota Lama tapi tak tau kedai kat mana. Kami naik basikal saja. Berpuasa pulakk.. balik ja terus tunggang ayaq.. hahaha...


Ok berbalik cerita komputer ni. Komputer ni bila ON akan ternampaklah AMI BIOS dengan logo 3 piramid. OS mula dengan tagline Starting MS-DOS... dan terus ke General Menu. Dalam menu tu ada macam-macam program termasuklah game Prince of PersiaCrusher, Super Solvers : Outnumbered dan Super Solvers : Treasure Mountain, Harvard Graphics 3, Lotus 123, etc. Bersama komputer tu ada buku manual MS-DOS 5 yang tebalnya 1.5 inci.

MS-DOS 5 Operating System


MS-DOS

Dengan berbekalkan buku manual ni aku belajar sendiri tentang Basic Commands; CLS, DIR, CD, MD, COPY dalam Command Prompt, DOSShell, tak lupa juga FORMAT.COM

Kenapa aku highlight FORMAT? Sebab FORMAT ni lah aku 'berjaya' padam seluruh hard disk jadi 0. Apa pun tarak. Aku panik bila aku reset keluar NON-SYSTEM DISK OR DISK ERROR. Habis la aku. Memandai lagi. Hilang semuanya... Sorry abah. Huhuhu...

Sekembalinya abah dari kerja, dia tengok dengan penuh hairan. Aku tak tau nak kata apa. Aku tak tau apa abah buat sebab esoknya dah elok komputer tu walaupun bukan yang macam sebelumnya. Ada DOS tapi takdak menu, takdak game... Ada Windows pulak. Mana mai tah...
Apapun aku respek kat abah sebab dia cool ja walaupun aku agak dia tau aku dah buat apa. Huhuhu...

Anyway, past is past.. aku pun teruskan study dengan lebih berhati-hati. Dengan Windows 3.1 yang ada ni aku berjinak-jinak dengan interface yg lebih menarik. Mouse berguna kat sini, yang dah mula berhabuk sebab jarang guna. Aku masih study DOS masa ni.


BIOS

Aku cuba jugak study BIOS tapi tak berani sangat nak ubah setting. Aku pernah ubah satu Cache Memory ke Enable. Dan hasilnya? Jadi cepat. Performance naik mendadak. Bertambahlah keterujaan aku dengan komputer ni. Perasaan aku masa tu memang tak boleh dibayangkan. Excited gila.


Windows 3.1

Windows yang aku kenali dulu ni memang lah tak secanggih sekarang tapi at least lagi baik la dari DOSShell. Aku check semua. Control Panel dah ada masa ni. File Manager dah digantikan dengan Explorer dalam Windows 95 hingga kini.

Komputer ni langsung takdak sound card, speaker lagi la.. teringin sangat nak dengar synthesized music dengan digitized sound. Maka aku buat la speaker sendiri sebab internal speaker tu slow sangat. Aku beli speaker kecik cap ayam kat pasar malam (untuk walkman tu lah, tapi takdak power bukan macam sekarang bluetooth, usb, ada battery, etc). Maka jadilah internal speaker 2.0. Haha.


Games

Tak banyak game masa ni. Yang ada Games for Windows : Roulette dan Blackjack. Game judi tapi seronok jugak la sebab ada sound pi pu pi pu. Haha.

Selain dari game tu aku terjumpa game yang didatangkan sekali dengan MS-DOS 5 ni, iaitu GORILLAS.BAS dan NIBBLES.BAS yang guna QBasic.


Ada Printer baru
Suatu hari abah bawak balik printer Panasonic KX-P1121 masa aku keluar dengan basikal pi meronda. Printer tu tak susah nak pasang pun. Just sambung ke printer port, plug in power, turn ON. Done. Dari DOS ka, QBasic ka, Lotus ka semua boleh print direct. Mula lah abah install program baru yakni Print Shop Deluxe. Tapi aku tak pandai lagi guna printer ni. Merangkak lagi.. Huhu...


Panasonic KX-P1121 24pin Dot Matrix. Masih lagi dijual tapi guna USB la pulak dan nama barunya KX-P1121E/+



Upgrade yang pertama

Komponen yang pertama sekali abah upgrade adalah floppy disk 1.44Mb 3.5" Hi Density. Punyalah seronok tambah-tambah abang aku pasal dia nak main game baru beli Star Wars : X-Wing.

Tapi game ni tak support Internal Speaker, so takdak sound. Tak thrill lah nak main.

Aku bertemu dengan seorang sahabat sekelas di Sekolah Seri Permai (masa tu darjah 6). Namanya Zulfadzli dan jugak dari kelas sebelah, Irwin. Dia lah yang perkenalkan aku dengan games popular macam Leisure Suit Larry, Police Quest, King's Quest, Space Quest... Semuanya dari Sierra Online.
We enjoyed very much playing these games during our free time. Semua guna disket saja. Yang besaq ada..kecik pun ada..

Aku mula mendapat info dari rakan lain kat mana nak cari game komputer ni. Dgn spec komputer ni aku cari la game yang sesuai. Banyak games aku dapat antaranya Lamborghini: American Challenge, Test Drive 3, Speed Racer, Siege dengan add-on Dogs Of War, Stunt Drive, etc. Semua ni games DOS. Windows punya susah nak jumpa. Sesetengah darinya aku dapat dari rakan lain. Abang ku Zubaidi beli games Star Wars : X-Wing, Stronghold, Genie's Curse, Rise of the Triad, Doom, Heretic, Fortress of Dr. Radiaki, Golden Axe, Double Dragon etc. Kedai yang terlibat adalah Apple Computer kat tingkat 3 KOMTAR dan di pulau tikus (kini tiada lagi).

Joystick QuickShot yang pertama, beli kat Sunshine Square tingkat 2.


Upgrade yang kedua

Disebabkan komputer tu mcm bisu, abah mula cari sound card dan dapat jenis ISA 16-Bit ESS AudioDrive Model ES1868 (amat popular masa tu sebab murah lagi dari Sound Blaster Pro dari Creative Labs). Aku pasang sendiri sound card ni. Install drivers untuk DOS dengan Windows.

ESS AudioDrive ES1868 ISA. Ada IDE untuk aku pasang CD-ROM kemudian hari

Bila dah ada sound card baru la rancak nak main game, nak try record suara, try tu, try ni. Fuhh.. Terima kasih banyak buat abah yang bagi kami peluang merasa teknologi pengkomputeran.


CD sudah mari

CD-ROM dengan speed 8X abah bagi duit suh beli masa kat PC Fair kat Dome KOMTAR. Aku dapat brand apa tah tak ingat. Yang ni aku jugak yang pasang sendiri. Aku pasang IDE kat sound card tu. Maka jadilah Secondary IDE. Dalam 5-6 kali jugak la aku nak pasang tak jadi-jadi. Aku tak pandai setting IDE address. At last aku dapat 170h. Terpahat terus dalam kepala aku sampai hari ni.

Teruja sangat dengan CD-ROM baru tapi takdak CD program apa pun nak try. Yang ada cuma CD lagu ja. So, try la play sat lagu Iklim. Memang sedap bunyi dia. By the way, abah tak beli pun speaker multimedia. Dia tau aku bole pasang guna Radio SANYO ja (haha). Radio tu masih ada kat aku tapi dh rosak sikit.

SO bermula lah pembelian games CD yang latest berterusan sampai berpuluh jumlahnya.


Next level

Aku mula mengembangkan pembelajaran aku tentang MS-DOS apabila abah upgrade ke MS-DOS 6. Versi ini didatangkan dengan new feature; Online Help. Aku mula belajar tentang AUTOEXEC.BAT, CONFIG.SYS bersama HIMEM.SYS dan EMM386.EXE lepas aku mula pasang sound card dan CD-ROM. Walaupun boleh install sendiri, tapi masih perlukan sedikit pengubahan. Untuk itu aku bukak buku MS-DOS 5 lah. Aku mula kenali MS-Editor. Amat berguna bila nak edit system file CONFIG.SYS dan AUTOEXEC.BAT. Aku hanya perlu taipkan HELP HIMEM atau HELP EMM386.EXE dan sebagainya.

Antara feature lain MS-DOS 6 (yang membezakannya dengan MS-DOS 5) adalah

  1. Double Space
  2. Memory Maker
  3. MS Anti Virus
  4. MS Backup
  5. VSafe dan sebagainya.
Major Upgrade

Aku mula upgrade komputer aku sepenuhnya apabila aku ke rumah rakan karibku Zul di Gunung Rapat, Ipoh pada tahun 1995. Aku beli papan induk beserta processor Intel i486DX2 pada harga RM50. Dia ada CD-ROM nak bagi, tapi aku dah ada 8X, dia punya quad speed (4X) saja.

Board 486 yang boleh support sampai 486DX4 100MHz!


Processor 486DX2 66 MHz yang aku berjaya overclock ke 80MHz!
Aku amat gembira dengan penemuan ini dan tidak lama selepas aku pulang ke Pulau Pinang, aku pasangkan terus papan induk ini kat komputer tu. Akan tetapi RAM tak sesuai pulak. Lalu aku dapatkan abah untuk membeli RAM 16MB 72-pin EDO SIMM.

Bila abah dah beli RAM 16MB tu, aku terus pasang sistem ni dengan Windows 3.11!

Pemasangan tidak sesukar mana memandangkan aku ada pengalaman yang lepas. Abah bawak pulang sebuah video card Trident TGUI9440 1MB VLB tidak lama kemudian.

Aku upgrade VRAM pada kad grafik Trident TGUI9440 kepada 1.5MB! Kebolehan grafik bertambah kualiti dengan overclock yang aku berjaya buat dengan menambah FSB dari 33MHz kepada 40MHz (X2)!

Wow! Aku amat gembira dengan pencapaian ini. Inilah pengalaman overclock aku yang pertama!!

Trident Microsystems : TGUI9440 1MB VLB
Abah bawak pulang pulak hard disk Seagate 10GB. Kini komputer aku telah lengkap. Dan berikut adalah spec terbaru:

  • Jenis Processor : Intel 80486DX2/66MHz (80MHz OC)
  • Jenis papan induk : 486
    • 4 slot 72-pin SIMM
    • 3x slot ISA
    • 2x slot ISA+VLB 
  • Grafik : Trident TGUI9440 1MB VLB (upgrade 1.5MB)
  • Hard Disk : Seagate 10GB
  • Sound : ESS AudioDrive ES1868 ISA
  • CD : LG 8X IDE CD-ROM
  • Keyboard dan 3 button serial mouse
Itulah upgrade yang terakhir dan aku bawakan sistem ni ke politeknik. Taklah canggih mana tapi mampu jalankan tugas dengan baik. (Masa tu aku install Windows 95 dengan MS Office 95).

Internet

Sekitar tahun 1995 internet mula jadi popular. Internet service provider yang ada masa tu cuma TMNet 1515 dan Jaring 1511. Abah subscribe semasa promotion kat Kedai Telekom masa kami jalan-jalan kat Sungai Petani. Kami cuba jimatkan kos pemasangan dari juruteknik dengan memasang sendiri. Abah belikan sebuah Serial Modem Cincaria K56Flex V90 Data/Fax/Voice (tiada gambar sebab buatan tempatan kot). Dalam buku panduan ada tertera dial-up settings for Windows 3.1 and Windows 95. Dengan panduan dari modem dan dari TMNet aku berjaya memasang internet di rumah kami yang pertama. Pengalaman aku, kalau bunyi dial-up tu stabil akan ada tone yang seiring, maka speed adalah 59000kbps tetapi kalau bunyi seakan terputus dengan nada aneh, tidak sekata akan dapat speed yang rendah - 54000kbps. Itulah pengalaman yang amat berharga..


Akhir Kata

Atas kecuaian aku sendiri hard disk 10GB itu terjatuh dan rosak kekal (permanent damage) dan itulah kali terakhir komputer itu hidup. Tiada lagi komputer baru hinggalah tahun 2001 dengan sistem ATX dalam artikel baru.


Kini masih lagi dijual di ebay sebagai Vintage Computer. Kalaulah aku mampu akan ku beli semuanya dan dijadikan koleksi yang klasik tapi masih berfungsi...sekian.

24 June 2014

Super Easy Case Painting Guides

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

Computer Maintenance Tips

It's been a awhile since my last post. Got a few things to share...


Ever wonder what do you need to know in order to maintain the health of your PC or notebook?

Here's some of the tasks you might want to know about maintaining your computer; it's just like maintaining your car but easier (requires patience if your computer runs at a lower performance):


Software:
  1. Start Up Programs
  2. Defragmentation (Registry and Files)
  3. Disk Error Scanning
  4. Virus
Hardware : Processor



Start Up Programs

Use CCleaner .

Defragmentation
You can use any Defragmentation Tools you can find but i would recommend using Defraggler by the same company who brought CCleaner and Recuva!

Disk Error Scan

Download Advanced SystemCare Free.

Virus/Malware
Choose from these subcategories from Majorgeeks.


Hardware : Processor

  • Clean up the processor's fan once every month. This can help reduce heat and prevent overheating in the future.




  • Take out the fan (an example of an Intel Processor's fan is shown) by rotating each clip counter-clockwise




  • Then disconnect the CPU FAN connector from the mainboard. And take out the fan. You can start cleaning using a brush, a blower or a vacuum cleaner.




  • Re-attach the fan by rotating the clip clockwise. Reconnect the CPU FAN connector.

User level : Intermediate (Beginner can ignore the hardware segment)




07 January 2013

Online Scam

Internet Scam! Beware!

SCAM Alert! You are selling goods on the internet and you're not familiar with fake customers.

Here i'm about to show you some (if not all) of the scammers who sent me a few e-mails regarding the goods i have published on internet. Note that none of the following were edited.


E-mail 1:
 

Hello Seller
Thanks for the Reply,i'm from Scotland But i want to Buy it for my kid in Nigeria i will pay for the shipping charges,You will ship the item via Speed post (EMS) Post Office and i will pay through Bank to Bank Transfer,or paypal transfer so I want you to get back to me with total cost and the shipment and your account information so that i can proceed with the payment as soon as possible tq

E-mail 2:

Thanks for the mail but am presently in UK am buying the item for my cousin who is presently in Working with the British Tobacco Company in west Africa i hope you can get back to me with the total cost of the shipment via Registered Post i will be paying you via bank to bank transfer.Thanks

E-mail 3:

OK, I'm Presently in Iraq But i want to Buy it for my kid whose study Abroad(Nigeria), i will pay for the shipping charges,You will ship the item via Speed post Ems post or Fedex post or DHL post and how much is total price including shipment fees. I will need your Bank information for the payment at my bank.I wait your reply
 

..

Do NOT reply to these e-mails. They are known as scam. They will pretend to ask about the goods you're selling. And then they will ask all details (including your banking accounts) to show you that they're pure customers. Stop! If you reply them with all your details they asked, you will lose everything in every bank account. I'm not kidding.

Happy surfing.. and better use Paypal or just COD.

P/S : This is almost the same like the Internet Scam, only different approach.

A few screenshots of the e-mail that i managed to snap:





11 July 2012

ReadyBoost (Windows 7 feature)

Want your Windows 7 to work faster on your PC? If you have flash memory (or flash cards) handy, then this is your answer!

Windows 7 introduces ReadyBoost for higher performance on a tight budget.

There's an article about ReadyBoost here from Microsoft.

To my understanding, ReadyBoost converts your flash memory into RAM. So, if you have a fast flash memory or flash cards, this is it.

What you must have:

1. Any flash media with memory chips (e.g, Pendrive, USB sticks, SD Cards, etc.) with a capacity of a minimum 1GB. This won't work on external hard drive.

2. A PC running Windows 7.

Instructions on how to do it

1. Right click on the Drive > Properties.

2. Click on ReadyBoost tab.

3.  Select Use this device and allocate enough space for the operation (e.g, 1,500MB on a 2GB Flash Drive).

4. Click OK.

Note: For better result, you should use a flash memory with the capacity at least double the amount of RAM available in your system (e.g, your system has 2GB, therefore you should prepare a 4GB free of flash memory).


Windows 7 God Mode

It has been all over the internet about the so called God Mode. Actually, it's just another Control Panel loaded with all shortcuts to all tools and functions of Windows 7 which you can find by using the search bar, only easier.

Creating the Master Control Panel is easy, providing you have the Administrator credentials.

Step 1: Create a new folder preferably on the Desktop (right click > New > Folder)

Step 2: Name the new folder exactly as follows :

GodMode.{ED7BA470-8E54-465E-825C-99712043E01C}

You can name it other than GodMode as you wish but remember to use the exact format. That is:

folder name.{folder codes} 

..and don't forget the dot.


A new folder with this icon will be created.



There you have it.

Open the newly-created folder. Now you have the Master Control of Windows 7. Congratulations.

Note: Tested successfully on Windows 7 Home Premium and Windows 7 Ultimate SP1.

Firefox in 3D

Step 1. Open Mozilla Firefox (mine is version 13) and go to any website you like.

Step 2. Right click anywhere on background and select Inspect Element (Q).


Final Step. Click on 3D View button on bottom right corner.

There you have it.

A 3D view of the internet, meant for viewing codes for advanced user, only it's in 3D.

Use right mouse button to Pan or rotate the object.